Jenis-Jenis Fabrik


Untuk entri kali ini, admin ingin berkongsi sedikit pengetahuan mengenai jenis-jenis fabrik untuk dijadikan sebagai busana pengantin buat bakal raja sehari. Semoga entri kali ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada anda dalam menentukan pemilihan busana mahupun aspek berkaitan majlis perkahwinan anda.

1. Songket
Jenis fabrik songket sememangya amat terkenal dengan konsep yang bercirikan kemelayuan tradisional seperti baju kurung dan kebaya. Lebih sesuai sekiranya digayakan bersama fabrik lace. Bagi pengantin lelaki, terdapat busana songket yang direka khusus untuk anda dengan potongan baju Melayu ala jaket.

2. Chiffon
Fabrik ini sangat sesuai untuk majlis akad nikah kerana teksturnya yang lembut dan sememangnya digemari oleh bakal-bakal mempelai. Chiffon sangat cantik dengan potongan kain bertingkat dan berpanel serta potongan moden. Untuk menambah keserian, gabungkan fabrik ini dengan fabrik lace dan ‘beaded chiffon’.

3. Beaded Chiffon
Fabrik ini juga sangat digemari ramai selain chiffon. Bagi fabrik jenis ini adalah sesuai dibuat rekaan dress, rekaan moden atau kontemporari.

4. Sutera Thai
Sutera Thai dan juga Shatung Silk adalah bersifat lembut dan sejuk menjadikannya popular dikalangan kaum wanita. Walaupun begitu, fabrik ini sebenarnya mudah berkedut dan akan kelihatan lusuh selepas satu cucian.

5. Dutchess Satin
Fabrik ini sesuai buat anda yang mengimpikan rekaan pakaian ala ‘ballgown’ ataupun dress potongan ‘hourglass’. Permukaan fabrik ini juga lembut dan kurang berkilat serta mempunyai alunan tertentu menjadikan fabric ini tampak elegan dan kelihatan eksklusif.

6. Italian Crepe
Fabrik ini kurang berkilat, lembut serta mudah beralun. Anda boleh menjadikan fabrik ini sebagai alternatif kain ‘lining’ jika anda tidak gemar fabric satin dijadikan ‘lining’


Sumber: Majalah Pesona Penganti


ps: Kami di Embungarden Wedding masih open for booking slot 2017. Anda boleh browse pakej kami di FB: Embungarden Elemets atau IG: @embungarden atau WhatsApp kami di 012-3735165.

Comments

Popular posts from this blog

Hiasan Meja Makan Beradab by Embungarden Wedding

Promosi Pakej Perkahwinan by Embungarden Wedding (Update)