Tips Perkahwinan Bajet 2018


Assalamualaikum korang terutamanya bakal pengantin mahupun ahli keluarga atau sahabat kepada bakal - bakal raja sehari di luar sana. Tahun 2017 bakal melabuhkan tirai. Oleh dikesempatan itu, admin nak share beberapa tips perkahwinan bajet bagi tahun 2018 buat anda diluar sana. Tujuannya supaya korang boleh buat preparation terlebih dahulu memandangkan harga barang dan perkhidmatan semakin meningkat naik. 
embungarden wedding planner kelantan pelamin catering canopy photography murah kahwin bajet terkini

Majlis Perkahwinan
Majlis merisik, tunang serta nikah adalah sebahagian dari adat masyarakat melayu. Korang boleh mengadakan majlis merisik dan bertunang pada satu masa yang sama. Lebih jimat sekiranya teruskan majlis pernikahan dan sekaligus melansungkan majlis resepsi. Malah lebih menjimatkan kos sekiranya kedua - dua belah pihak keluarga sudah memadai bagi sama - sama menyambut hari bahagia korang. 

Lokasi Majlis
Korang juga perlu titik beratkan lokasi perkahwinan. Biasanya kos sewa bagi hotel atau dewan besar beserta penghawa dingin agak mahal. Namun korang boleh start survey lokasi manakah menawarkan harga yang berpatutan. Sesetengah lokasi seperti hotel akan menawarkan promosi tetapi ianya bergantung pada musim atau tarikh tertentu. 

Kad Jemputan
Tak perlu membazir untuk membuat kad jemputan tapi korang boleh still buat untuk tetamu - tetamu tertentu. Korang boleh guna Facebook sebagai medium untuk menjemput tetamu seperti sahabat handai dan ahli keluarga terdekat. Ini lebih menjimatkan berbanding dengan kos untuk produce kad yang korang perlu keluarkan.

Photographer
Lebih jimat sekiranya ada diantara kawan - kawan atau ahli keluarga korang seorang photographer. Harga yang ditawarkan oleh mereka pastinya lebih berpatutan berbanding photographer di luar sana. Namun dinasihatkan jangan minta diskaun atau harga yang lebih rendah. Hargai hasil kerja mereka.

Pakej Perkahwinan
Haa, yang ni biasanya ramai di luar sana teragak - agak dalam membuat keputusan. Hari ini, dengan kemudahan pakej perkahwinan yang lengkap mahupun pakej wedding planner, ia sebenarnya adalah lebih mudah dan lebih menjimatkan masa anda serta ahli keluarga anda. Namun anda dinasihatkan untuk survey dahulu setiap pakej - pakej yang disediakan seperti aspek bajet dari pihak anda sendiri, waktu promosi dan sebagainya. Ada diantaranya yang menyediakan majlis perkahwinan yang simple dengan harga berpatutan tapi hasilnya ramai customer mereka yang terdahulu amat berpuas hati. Anda juga boleh dapatkan feedback mahupun menerusi ruangan komen. 


Keputusan adalah ditangan anda. Anda perlu bijak membuat keputusan memandangkan anda perlu ambil kira keadaan harga barang serta kos - kos yang berkaitan dengan majlis anda. 

Comments

Popular posts from this blog

Jenis-Jenis Fabrik

Hiasan Meja Makan Beradab by Embungarden Wedding

Dewan Untuk Disewa