TIPS: Elak Kes Kecurian Sewaktu Majlis Pernikahan


Kes Kecurian sewaktu majlis pernikahan sedang berlansung bukanlah satu perkara baru, malah perkara ini menjadi hal serius yang perlu ditangani dan diambil langkah pencegahan oleh semua pihak bagi mengelakkan dari berlakunya perkara yang tidak diingini ini berlaku. Kes kecurian ini biasanya berlaku semasa kesibukan para hadirin, diruang tamu tempat melihat persandingan mahupun kamar pengantin. Selain barang – barang berharga milik pengantin hilang, barangan para hadirin tetamu juga menjadi perhatian pencuri sekiranya mereka lalai dan leka menjaga barangan peribadi semasa majlis sedang berlansung. Oleh itu, kita hendaklah jangan pandang ringan akan hal ini dan mengambil tindakan mencegah kes kecurian ini agar tidak berlaku.


1. Tugaskan seseorang khas untuk menjaga keselamatan dan menunggu di ruangan tempat persandingan dimana ditempatkan gubahan hantaran. Pastikan anda menugaskan ahli keluarga yang terdekat dan boleh dipercayai.

2.  Bagi mengurangkan risiko kehilangan wang hantaran, adalah lebih selamat sekiranya wang hantaran oleh pihak lelaki diberi dalam bentuk bank draf atau cek atas nama pengantin perempuan. Elakkan dalam meletakkan dalam album gambar kerana ia dilihat lebih mudah untuk dicuri. Walaupun begitu, wang hantaran masih boleh dilakukan dalam bentuk gubahan.


3. Bagi para tetamu, elakkan dari meletakkan beg tangan anda atas meja makan ketika anda sedang menjamu selera kerana ia menjadi tumpuan pencuri untuk mencurinya semasa anda sedang leka berbual dengan tetamu jemputan yang lain. 

Comments

Popular posts from this blog

Jenis-Jenis Fabrik

Hiasan Meja Makan Beradab by Embungarden Wedding

Dewan Untuk Disewa