Hadiah Untuk Bakal Pengantin


Assalamualaikum warga pembaca yang disayangi semua. Hari ni admin nak kongsi sedikit tips untuk korang yang mendapat undangan ke majlis perkahwinan rakan – rakan atau saudara mara. Haa, pasti janggal rasanya kalau korang pergi majlis perkahwinan tanpa membawa sebarang hadiah sebagai tanda ingatan. Bagi yang berkira – kira untuk memilih hadiah yang sesuai, pilihan barangan seperti set peralatan makan dan minum biasanya menjadi pilihan ramai. Walaupun begitu, set peralatan dari jenama yang bermutu adalah pilihan terbaik untuk dihadiahkan kepada mereka. Sesungguhnya, ingatan tulus ikhlas dari anda akan memberikan penuh makna buat pasangan pengantin. Walaupun begitu, hadiah tidak semestinya mahal. Tidak kira mahal atau sederhana harganya, ia menjadi sangat berguna kepada pasangan pengantin dalam kehidupan mereka kelak.

Antara contoh hadiah yang menjadi pilihan adalah barangan seperti jag air, set gelas minuman, set pinggan mangkuk, pinggan Tulip dan talam berbentuk segiempat atau bersegi. Selain itu, dulang yang boleh digunakan untuk meletakkan buah – buahan juga sering menjadi pilihan orang ramai, bekas gula dan garam, serta set pisau. Set teh atau ‘Teapot’ juga amat sesuai dan ia bergantung kepada design dan style tersendiri. Sebenarnya banyak lagi peralatan atau barang yang boleh dijadikan sebagai hadiah. Tidak hanya terhad kepada barangan set makan minum sahaja. Sebagai contoh, buku – buku mengenai rumah tangga, motivasi atau berunsur keagamaan, selimut atau bed cover, aksesori dan kelengkapan dapur.


Sumber: Majalah Nona & gulalives.co

Comments

Popular posts from this blog

Jenis-Jenis Fabrik

Hiasan Meja Makan Beradab by Embungarden Wedding

Dewan Untuk Disewa