Gubahan Hantaran Terkini 2017
Trend
Perkahwinan sentiasa berubah-berubah diikuti dengan pelbagai konsep dan tema
sesuai dengan imej gaya hidup dan design terkini. Ada juga yang masih
mengekalkan gaya klasik dan tradisional mengikut peradaban orang dahulu kala.
Oleh itu kami di Embungarden Wedding ingin berkongsi sedikit konsep gubahan
hantaran terkini 2017 sebelum kita melangkah ke tahun baru 2018 yang masih
berbaki beberapa puluh hari saja lagi.
1. Hiasan
Mengikut Warna Tema
Kebelakangan
ini, ramai pengantin menggunakan warna tema seperti kuning cair, pastel, baby
blue, pink muda dan ada juga yang bertemakan serba putih kerana ia
menggambarkan kesucian dan bersih. Warna tema sebegini menjadi pilihan ramai
kerana ia lebih ringkas dan mudah.
2. Bunga Segar
Hiasan bunga
segar juga menjadi kegemaran ramai. Selain mengeluarkan bau yang harum dan
kelihatan menarik, hiasa bunga segar kelihatan lebih menyerlah berbanding bunga
plastik. Sebagai contoh, bunga seperti ros, carnantion, tulip dan hydrangea.
3. Hiasan Kayu
Pallete
Trend Hiasan
Kayu Pallete adalah yang paling diminati dan digemari ramai. Bukan sahaja
sesuai untuk hiasan hantaran gubahan malah hiasan jenis ini menjadi pilihan
ramai suri rumah dalam mendekorasi rumah serta kafe – kafe hipster di luar sana.
Hiasan Kayu Pallete senang didapati, murah dan kelihatan cool jika digayakan
mengikut tema.
4. Kotak Kaca
Hiasan jenis ini
juga semakin digemari oleh pengantin kerana ia tampak lebih moden dan anggun.
Hiasan sebegini tidak perlu sarat. Cukup jika kelihatan kemas kerana ia akan
memantulkan cahaya.
5. Hiasan
Sangkar Burung
Hiasan gubahan
sangkar burung ini diambil dari gaya dan tema inggeris. Hiasan jenis ini juga
menjadi pilihan pengantin kerana lebih menonjolkan tema perkahwinan ala-ala
inggeris.
Sumber:
askwedding.com.my
**Kami di Embungarden Wedding menyediakan khidmat gubahan hantaran. Untuk maklumat lanjut Tel/WhatsApp kami di: 012-3735165**
Comments
Post a Comment