Bakal Pengantin Wajib Baca! Tips Solekan Untuk Menaikkan Seri di Hari Bahagia Anda.


Setiap pengantin wanita khususnya ingin kelihatan cantik di hari bahagia mereka. Siapa yang ingin kelihatan cantik bukan. Selain busana pengantin, aspek penting yang wajib diberi perhatian ialah solekan  kerana ia adalah subjek utama kepada bakal pengantin diluar sana untuk tampil cantik, anggun, jelita dan kelihatan naik seri wajahnya.  Oleh itu, ikuti beberapa tips solekan untuk anda tampil berseri pada hari pernikahan anda.

embungarden wedding planner kelantan pelamin catering canopy photography murah kahwin bajet terkini

1. Study & buat research dulu hasil jurumekap yang bakal anda pilih.

Ini adalah penting untuk memastikan hasil kerja jurumekap pilihan anda akan memberikan khidmat yang terbaik kepada anda seterusnya berpuas hati dengan hasil kerja mereka. Dengan kemudahan internet dan media sosial, anda boleh study dan review hasil kerja mereka serta membuat perbandingan jurumekap manakah yang terbaik.

2. Pilih Jurumekap Anda

Setelah membuat perbandingan dan bertanya kepada pihak-pihak atau kenalan anda, anda boleh memilih jurumekap yang anda mahukan. Pastikan anda menghubungi jurumekap anda untuk fast booking dan tidak overlapping tarikh.


3. Pilih Gaya Solekan Yang Anda Mahukan

Sekiranya anda sudah mempunyai idea bagaimana hasil solekan yang anda mahukan, boleh simpan kolekasi hasil solekan yang anda screenshot dari telefon anda atau dari majalah. Bincang dengan jurumekap anda hasil yang anda mahukan. Manakala buat anda yang masih dalam dilema, boleh menggunakan warna yang lembut seperti merah jambu atau peach agar tidak nampak keterlaluan. Elakkan dari memilih warna lipstik merah, maroon, oren atau ungu.

4. Teknik & Bentuk Solekan

Ini adalah penting untuk mengelakkan dari mendapat solekan yang tenggelam akibat teknik countouring yang tidak menjadi dari jurumekap. Oleh demikian penting untuk anda mengetahui siapa bakal mak andam anda dan rajin-rajinkanlah melihat hasil kerjanya yang sebelum ini. Solekan juga perlulah tahan lebih lama untuk keselesaan anda sepanjang berlansungnya majlis.

5. Naikkan Seri Pengantin.

Elakkan dari solekan yang menggunakan produk berkilau kerana ia boleh memantulkan cahaya semasa jurugambar sedang mengambilkan gambar seterusnya menjejaskan kualiti gambar. Seterusnya letakkan krim pemerah pipi dengan cara mengolesnya pada tulang pipi dari dalam ke luar. Wajah tampak lebih moden berbanding menggunakan pemerah pipi yang berunsurkan powder.

embungarden wedding planner kelantan pelamin catering canopy photography murah kahwin bajet terkini

Buat anda yang masih tercari-cari jurumekap yang berkualiti untuk hari perkahwinan atau pertunangan anda. Kami juga menyediakan khidmat make-up dan andaman. Jurumekap kami semuanya perempuan dan friendly. 



Sumber: Eh! Online & Wanista.com

Comments

Popular posts from this blog

Jenis-Jenis Fabrik

Hiasan Meja Makan Beradab by Embungarden Wedding

Dewan Untuk Disewa