Tips Pemilihan Pereka Fesyen Bagi Bakal Pengantin


Seperti post admin yang sebelum ini iaitu tips pemilihan busana pengantin, kali ni admin sertakan beberapa tips yang lebih berfokuskan pemilihan pereka fesyen itu sendiri. Semestinya, rekaan busana menjadi taruhan dan harapan buat bakal-bakal raja sehari untuk tampil menawan dan ‘naik seri’ khususnya ia menjadi dambaan setiap wanita. Jadi, admin kongsikan beberapa tips pemilihan pereka fesyen untuk bakal pengantin diluar sana.


Tips 1: Bajet

Bajet adalah perkara penting sepertimana post admin sebelum ni. Sebaik-baiknya anda dinasihatkan untuk survey harga terlebih dahulu sebelum membuat keputusan dan memilih pereka fesyen busana anda. Seterusnya bincang harga bersesuaian dengan bajet anda. Konsep dan material perlu diambilkira dan pastikan bajet anda  cukup.

Tips 2: Pendapat Ramai

Bakal pengantin boleh mendapatkan pandangan dan pendapat dari ahli keluarga atau sahabat handai yang arif dalam hal ini. Tidak semua bakal pengantin faham atau arif tentang dunia fesyen lebih-lebih lagi berkaitan busana pengantin. Melalui pendapat mereka, anda mempunyai lebih banyak alternatif dalam memilih pereka fesyen yang benar-benar sesuai untuk anda.

Tips 3: Tentukan Pereka Fesyen Pilihan Anda

Dengan kemudahan media sosial sebagai keutamaan dalam kehidupan zaman kini, bakal pengantin boleh melihat setiap hasil karya melalui facebook, instagram dan sebagainya. Anda semestinya tertarik dengan hasil kreatif seseorang pereka menerusi kerja yang baik dan ketelitian mereka dalam menata busana.

Tips 4: Pilih Pereka Yang Profesional

Profesional disini bukan bermaksud pereka yang mempunyai nama yang gah di persada seni rekaan fesyen tetapi tanggungjawab seseorang pereka dalam memenuhi cita rasa yang diinginkan oleh pelanggannya, selesa bila berkomunikasi dan faham akan kehendak anda. Rata-rata faktor pemilihan seseorang pereka fesyen adalah keselesaan dan persefahaman pereka dan si pemakai itu sendiri. Ungkapan yang lebih tepat adalah boleh bekerja secara profesional.

Tips 5: Rekaan Yang Versatil dan Unik

Pilih pereka fesyen yang berusaha untuk mempamerkan sesuatu yang belum pernah dilihat, penuh elemen dan unsur budaya yang mampu menyokong serta meningkatkan mutu fesyen. Rekaan yang baik, versatil dan unik adalah bersifat tidak menunjuk-nujuk tetapi menawan, nilai estetik yang asli, berkualiti dan kontemporari.

Tips 6: Menepati Masa


Ketepatan masa adalah sangat penting dalam merencanakan agenda perkahwinan agar ia berjalan dengan lancar di hari yang semestinya menjadi hari bahagia anda. Pilih pereka yang benar-benar menepati masa dan boleh menyiapkan busana anda tepat pada waktunya. Sebagai pengantin, anda juga mesti ambil tindakan proaktif dengan mengingatkan pereka melalui panggilan telefon atau WhatsApp. 

Sumber: Majalah Pesona Pengantin

ps: Jom booking servis wedding planner kami untuk 2017 masih available. Pelbagai pakej mengikut pilihan dan bajet anda. Tiada cas tersembunyi. Hubungi kami segera di 012-3735165 untuk maklumat lanjut.

Comments

Popular posts from this blog

Jenis-Jenis Fabrik

Hiasan Meja Makan Beradab by Embungarden Wedding

Dewan Untuk Disewa