4 Tips Pemilihan Busana Pengantin



Tips 1: Tetapkan Bajet.

Bajet hendaklah mengikut kemampuan dan keperluan bakal pengantin. Anda dinasihatkan untuk ‘mengkaji’ terlebih dahulu serta memulakan pencarian pereka atau butik pengantin yang sesuai dengan keperluan bajet. Bakal pengantin adalah dinasihatkan untuk tidak berhutang ye.


Tips 2: Pemilihan jenis kain

Sekiranya persandingan di tempat yang berhawa dingin seperti dalam hotel atau dewan, bakal pengantin bolehlah mengenakan jenis pakaian seperti lace atau satin. Namun sekiranya persandingan dilakukan di tempat yang terbuka dan terdedah kepada panas seperti kawasan perumahan, adalah dinasihat elak memakai jenis kain dari satin.


Tips 3: Sesi Fitting

Pastikan anda membuat sesi fitting sebaik – baiknya satu minggu sebelum majlis perkahwinan anda. Ini adalah untuk memastikan persalinan yang bakal dikenakan pada hari majlis adalah ‘perfect’ tanpa sebarang masalah atau ketidakselesaan pada bakal pengantin.


Tips 4: Aksesori

Padankan aksesori yang bersesuaian dengan busana. Padanan aksesori yang simple lebih baik memakai padanan aksesori yang kelihatan begitu sarat kerana ia mungkin mengganggu pemandangan orang sekeliling anda lebih-lebih lagi untuk sesi fotografi. Anda juga dinasihatkan untuk tidak mengenekan lebih dari 3 warna kerana ia akan menjejaskan lagi kecantikan anda.

Anda boleh berbincang dengan pereka anda dengan lebih lanjut untuk keselesaan anda sepanjang berjalannya majlis. Pemilihan busana yang cantik, sesuai dan selesa dengan bakal pengantin adalah penting kerana ianya hari bahagia anda dan hanya sekali seumur hidup! Walau bagaimanapun, kami di Embungarden Wedding mengucapkan syabas dan selamat berjaya buat bakal pengantin di luar sana untuk persiapan menjelang hari bahagia anda. Untuk slot hujung tahun 2017, kami masih available dan open for booking.

Sumber: InTrend & iKahwin

Comments

Popular posts from this blog

Jenis-Jenis Fabrik

Hiasan Meja Makan Beradab by Embungarden Wedding

Dewan Untuk Disewa